Quantcast
Channel: Olive Oil Asli
Viewing all 304 articles
Browse latest View live

Perfume Olive House - Wangian Berkualiti Tinggi dari UAE Dubai

$
0
0

Bersama CEO OLIVE HOUSE:
Assalamualaikum Warahmatullah

1) Respon bab minyak wangi yang ditanya oleh Imam Muda haritu. Terlupa dah, ni baru teringat semula.

2) Kelebihan perfume Caesar Madfai adalah "imitation" kepada jenama terkenal di dunia. Kita ketahui jenama minyak wangi dunia menjadi mahal merana 90% dari harga yang dibayar adalah bayaran kepada marketing yang dilakukan mereka. Semua gambar botol yg ekslusif di depan kotak perfume Madfai adalah brand terkenal yang harga perfume tersebut boleh mencapai ratusan ringgit bahkan ribuan ringgit. Sebab itu tagline Caesar Madfai "anda boleh jadi sesiapa sahaja yg anda ingin". Ini kerana semua jenama perfume terkenal terdapat di dalam range Caesar. Sama ada Arabic range ataupun France range.

3) Di dalam industri perfume dahulu dan kini terdapat hanya dua perbezaan; 1) Dahulu minyak digunakan untuk dijadikan pemankin bau seumpama minyak zaitun dan minyak almond dicampur dengan bunga-bungaan. Adapun wangian di zaman moden menggunakan alkohol. Alkohol lebih berkesan berbanding minyak kerana alkohol memberikan bau lebih baik sebagai pemankin bau sama ada pada kulit badan, pakaian atau mana-mana pemukaan. Adapun minyak, hanya berkesan dengan baik apabila menyentuh kulit badan. Alkohol bukan arak dan tidak ada perbezaan hukum menggunakan perfume atau atar biasa. 2) Zaman dahulu menggunakan bahan semulajadi  sama ada tumbuhan, haiwan darat atau binatang di laut. Jika perfume arab terkenal dari binatang (kasturi dari rusa), ambar (dari ikan paus) dan oud (dari tumbuhan). Wangian yang terkenal dipakai khalifah umar abd aziz sebelum dilantik menjadi khalifah bernama "ghaliah" (gabungan oud, ambar dan kasturi). Hari ini hampir mustahil mendapatkan kasturi dari rusa tibet, pengambilan dari paus diharamkan semenjak tahun 70an dan oud untuk menghasilkannya secara asli memerlukan penjagaan yang teramat rapi. Penghasilan secara semulajadi juga amat tinggi kos dan tidak konsisten bau. Sebagai contoh bau jasmine memerlukan 750kilo bunga jasmine untuk hasilkan sekilo minyak wangi. Jika bunga yg dipetik berlainan musim, cuaca dan lain-lain faktor, hasil baunya akan berbeza antara waktu dan waktu. Disebabkan dua faktor inilah definasi natural dan alami pada wangian berlainan dari definasi pada makanan. Panjang tajuk ini jika ingin dibicarakan.

4) Apabila membeli perfume pastikan 4 bahan ini tidak terdapat di dalam perfume tersebut;
1) toluene
2) benzene derivatives
3) aldehydes
4) phthalate

Ini bahan-bahan yg membawa mudarat kepada kesihatan jika diletakkan di dalam perfume. Caesar Madfai perfume terhindar dari benda ini, mungkin juga kerana piawai Dubai yg tinggi dan masyarakat moden yg sensitif dengan kesihatan menjadiakan produk perfume
mampu milik ini terhindar bahan merbahaya.

5) Kelebihan besar perfume Caesar Madfai apabila disembur dan diuji tahan 8-12 jam sehari. Disamping mendapat pengiktirafan IFRA (The International Fragrance Association (IFRA), based in Geneva, Switzerland, and founded in 1973, is the official self-regulatory representative body of the fragrance industry worldwide. Its main purpose is to ensure the safety of fragrance materials through a dedicated science program).

6) Wangian ini senjata dua mata di dalam Islam. Ia boleh mendapat pahala atau ia boleh menjadi dosa. Sifat wangian wanita, tidak menzahirkan bau kepada lelaki ajnabi dalam masa sama wangian membantu elak bau yang kurang enak. (Semburan untuk wanita di sebelah dalam bukan dibahagian luar pakaian). Berlainan bagi lelaki, elak bauan kurang enak dan zahirkan wangian yg baik kepada yg lain. (Semburan di luar pakaian).

......
Untuk tempahan atau pertanyaan
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com
www.facebook.com/PerfumeExclusive


Quranic Foods Funtional Foods Vaksin Non Vaksin

$
0
0

QuranicFoods.. Funtional Foods.. Prophethic Medicine.. Vaksin Vs Non Vaksin.. Perawatan Vs Pemakanan..

MAKANAN SUNNAH PENGGANTI VAKSIN ?

1. Assalamualaikum Warahmatullah semua.

2. Saya dari pendidikan Syariah dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar, tetapi jujur saya katakan sehingga kini saya tidak jelas apa maksud "makanan sunnah" secara akademiknya. Apa yang jelas dari pengajian Syariah ialah berkenaan makanan yang halal, haram dan syubhat. Jelas dari Al-Quran dan Hadis pecahan tiga ini. Sesuatu makanan itu boleh menjadi haram atau syubhat sama ada atas faktor ketaatan (perintah) kepada Allah atau memberikan kemudaran/penyakit kepada manusia.

3. Adapun selain itu, tidak ditemukan secara khusus berkenaan "makanan sunnah" atau nama seiras dengannya. Apa yang sering saya temukan (pastinya penemuan itu daripada bantuan pensyarah dan profesor-profesor yang saya kenali) adalah dari sudut tulisan-tulisan hebat atau journal-journal antarabangsa serta pembincangan ilmiah berhubung "Quranic Food "iaitu makanan yang disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis. Hari ini, Sains moden membuktikan kebaikannya dan sebahagiannya menjadi aspirasi kepada ciptaan ubat-ubat sintetik bagi industri ubat moden dan memberi sumbangan besar kepada dunia perubatan moden.

4. Begitu juga journal yang banyak berkaitan "Prophetic Medicine" penulisan dan kajian berhubung adakah perubatan yang dianjurkan Nabi itu kewajipan diikuti sebagaimana Syariat yang menjadi ibadat yang wajib dituruti atau sekadar saranan semasa mengikut perkembangan perubatan semasa yang berada pada zaman baginda? Panjang lebar perbahasan secara ilmiah dapat ditemukan satu persatu. Quranic Food dan Prophetic Medicine kata kunci penting.

5. Istilah "Quranic Food" dan "Prophetic Medicine" itu wujud bersama penjelasan saintifik. Hasilnya memberikan kebaikan kepada masyarakat seluruhnya. Adapun "makanan sunnah" ini saya agak kurang pasti. Terus menafikan istilah ini saya tidak berani, mungkin ada definasinya yang saya tidak tahu atau sememangnya ia hanya ucapan rawak yang diterima pakai oleh masyarakat. Ini kerana istilah "makanan sunnah" ini hanya berlegar di sempadan tanah air malaysia sahaja, tidak diketahui di negara selainnya. Terbaru saya bertemu Dr Mohamed Faid (hafal 30 juzuk Al-Quran) yang merupakan saintis serta tokoh nutrisi dunia memberikan komentar kurang senang dengan istilah makanan sunnah yang dikombinasikan pelbagai ramuan yang tidak diketahui "chemical reaction" hasil campuran. Juga apa kesannya kepada tubuh dan tidak pernah diuji tetapi langsung dijual. Kemudian disandarkan ia sebagai "makanan sunnah" yang kemungkinan membawa fitnah kepada agama. Itu komen beliau.

6. Saya lebih teruja dan tertarik dengan beberapa Profesor dari Universiti Al-Azhar (jurusan biology, chemistry, food sciense dan selainnya. Al-Azhar tidak sekadar mempunyai jurusan agama, terdapat kampus perubatan dan semua bidang ilmu. Beza kampus mereka dengan universiti yang lain hanya mereka diwajibkan hafal 30 juzuk Al-Quran). Maaf, kembali kepada apa yang ingin dikatakan oleh tokoh Al-Azhar, jika mahukan nama-nama mereka saya kena merujuk semula, tulisan tanpa rujukan sekadar apa terlintas di minda dan nama mereka tak dapat diingati buat masa sekarang🙈.

7. Kata mereka: Di dalam Al-Quran menyebut terdapat 5 pokok yang mempunyai kebaikan nutrisi yang hebat; zaitun, teen, kurma, delima dan anggur. Makanan ini pada Sains moden diiktiraf sebagai "Super Food" @ "Funtional Food". Bermaksud makanan yang mempunyai khasiat yang tinggi dan memberi kebaikan kepada tubuh manusia dan mesti diamalkan. Ditanya: Bagaimana pula dengan madu, habbas sauda dan lain-lain kenapa tidak dimasukkan di dalam senarai Quranic Food? Dijawab: Madu, Habbas Sauda dan seumpamanya dikategorikan sebagai ubat. Makanan dan Perubatan adalah dua tajuk yang berbeza. Soal makanan adalah soal diet, penjagaan kesihatan, pencegahan, memberikan nutrien yang cukup pada tubuh, gizi dan lain-lainnya. Adapun madu, habbas sauda, bekam dan selainnya, ini merupakan soal perawatan dan perubatan memerlukan pakar dan ahli yang layak untuk bercakap mengenainya. Bila orang awam mula masuk campur dan bercakap sesuka hati, disiplin ilmu yang tinggi bertukar menjadi sampah.

8. Kesimpulannya: "Quranic Food" (Makanan) dan "Prophetic Medicine" (Perubatan) adalah dua tajuk berlainan! Jangan pelik jika fakta kukuh membuktikan, larangan mengambil habbas sauda bagi pesakit buah pinggang. Bahkan disebabkan kejahilan dalam bidang perubatan, kesan pengambilan habbas sauda merosakkan buah pinggang. Ini sama sekali tidak menafikan hadis Nabi berkaitan kebaikan habbas sauda. Kita akan sedar ianya tidak bertembung apabila memahami prinsip pemakanan dan perubatan yang diajar oleh Syariat. Pemahaman secara lateral pada perkara keagamaan yang melahirkan extremes. Soal perawatan melibatkan banyak isu; kondisi semasa pesakit, metabolisme, dos dan lain-lain isu yang komplikated yang mana perawat dan ahli dalam bidang perubatan sahaja yang pakar dan mahir. Itupun ilmu tersebut masih berkembang bukan sudah sampai ke puncaknya. Bahkan Nabi secara jelas meminta para sahabat untuk urusan konsultasi perubatan kepada yang ahli walaupun bukan Islam seumpama Haris bin Kaladah.

9. Vaksin adalah soal perubatan moden. Kajian, analisa, penemuan, pembuktian dan lain-lain perkara berkaitan memenuhi dunia ilmu perubatan moden yang adakala atau kebanyakannya tidak difahami oleh masyarakat awam bahkan ahli perubatan itu sendiri kecuali yang pakar. Menjadi mengantuk saya kebosanan membaca perdebatan tidak keruan antara beberapa kelompok yang bercakap soal makanan sunnah dan soal vaksin. Tuan cik puan, sebelum "bertumbuk" masuk di dalam tajuk dahulu, terlebih dahulu tetapkan perbincangan agar hasil perbincangan dan konklusi perbincangan jelas. Seorang bercakap soal payung sumber penghalang hujan dari terkena tubuh dan seorang bercakap soal rumah sebagai pelindung, seumpama orang tidak waras perdebatan yang berlaku. Saya hanya analogikan rumah dan payung, hujan sebagai penyakit. Siapa payung siapa rumah, saya juga tak tahu cuma yang saya tahu, soal perubatan dan soal pemakanan adalah dua tajuk yang berlainan serta mempunyai disiplin ilmu yang tidak sama. Dicampur adukkan kedua tajuk, menjadikan lauk itu basi serta tidak boleh dimakan.

10. Menjadikan pemakanan sebagai hospital mutlak umpama ucapan orang sasau, manakala merawat tanpa mengambil berat soal pemakanan ucapan mentah yang tidak masak terzahir kedangkalan amat nyata di situ. Soal makanan yang baik membantu kesihatan yang optimun dalam masa yang sama tidak menjamin tidak diuji dengan penyakit. Sehebat apapun ilmu perubatan moden tidak menafikan pemakanan berperanan penting kepada penyakit yang dideritai, pengamalan makanan yang betul dan berkhasiat menjadikan para perawat dan ahli perubatan fokus kepada penyakit sebenar untuk diubati. Soal pemakanan dan kesihatan berkait rapat antara satu sama lain. Saling melengkapi bukan memusuhi. Ingat!!!!

11. Sekarang viral isu vaksin yang merupakan bidang perubatan. Terlalu banyak "evidence" yang boleh dikongsikan berhubung perkara ini untuk tatapan dan pembacaan bersama sokongan penerangan, bukannya semborono emosi yang tidak membawa konklusi keputusan menenangkan di akhirnya. Pro and cont pasti ada, jelaskan dengan bahasa yang mudah difahami. Ingin bertumbuk atau memberi petunjuk? Sebagaimana juga soal pemakanan terdapat "evidence" yang jelas secara saintifik untuk kita ketahui sama ada sesuatu makanan "sunnah" itu sekadar "bullshit" jeritan menggila penjual produk atau bersama bukti saintifik. Saya yakin dan percaya soal vaksin juga sama. Bahasa ilmiah ini boleh menjadi pedoman kepada yang mencari kebenaran. Kongsikan!!!

12. Adapun masyarakat awam, menjadi tanggungjawab negara/pihak berkuasa untuk meletakkan undang-undang yang sesuai demi kebaikan bersama. Mereka mungkin tidak mempunyai kapasiti memahami perbincangan yang komplikated, mereka hanya perlu undang-undang yang baik untuk memelihara mereka. Semestinya negara/pemimpin telah difikir sehabisnya dan dipilih neraca paling baik untuk dilaksanakan termasuk implikasi undang-undang apabila diwajibkan atau diharuskan sesuatu undang-undang. Ini kaedah terbaik, bukannya perdebatan dengan awam yang sehingga kiamat tidak akan memahami hasil perbincangan.
....Us Aidil Azwal...

Jagalah Kesihatan Dengan Diet serta Sumber yang TERBAIK!
Rawatlah Penyakit anda dengan cara yang TERBAIK!

Jom jadikan Funtional Foods Super Foods amalan harian..
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810
www.QuranicFoods.com

Kurma dan Delima

$
0
0

*Allah SWT berfirman dalam Surah Ar Rahman, ayat 68*  :

Maksudnya : Di dalam keduanya (ada macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.
‘KeduaNya’ = dalam syurga

☘☘ Jika sebelum ini, kita selalu bercerita akan peranan Buah Delima yang cukup banyak pada manfaat kesihatan tubuh badan manusia. Dalam Ayat 68 Surah Ar Rahman juga disebut buah-buahan daripada Syurga adalah Buah Kurma.

☘☘Ramai yang sudah tahu kelebihan & manfaat yang sangat banyak pada buah-buahan & sayur-sayuran. Tetapi, apabila dipuji secara terang-terangan dalam Al Quran bahawa Kurma ini adalah buah yang ada di syurga, di situ ada keistimewaan yang sungguh  *Luar Biasa* 

☘☘Kebiasaaannya masyarakat kita sering kaitkan Buah Kurma hanya untuk Bulan Ramadhan. Habis Ramadhan, maka habislah juga pengamalan buah kurma. Hakikatnya, Buah Kurma ini sangat berperanan penting pada kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

*Nutrisi*
↪↪ Mengandungi khasiat kepada ketahanan tubuh badan, Vitamin & Mineral yang pelbagai, sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira warna kulit. Makanan yang tinggi nilai serat untuk penghadaman & pencernaan makanan yang lebih baik sehinggakan dilabel sebagai ‘Snek Terbaik’!

*Kajian Saintifik* 🔬🔬
↪↪ Membuktikan, Antioksida hebat yang ada dalam Buah kurma sangat-sangat bantu memastikan fungsi jantung yang sihat, dapat mengepam darah dengan baik dan bekalan darah dapat sampai ke seluruh badan dengan sempurna.
Pengamalan 3 BIJI BUAH KURMA setiap hari, bersama-sama Jus Delima Olive House dapat bantu elak pengerasan kolestrol di salur darah @ Atheroskelrosis.

Antioksida namanya :
1. *Tannin* iaitu jenis FLAVONOIDS yang akan bantu elak pengumpulan kolestrol pada salur darah. Bertindak juga sebagai anti keradangan untuk elak keradangan di salur darah.
2.   Kaya dengan Serat yang sangat lancarkan penghadaman makanan

Alhamdulillah ✅ 👍🏻 kami daripada Olive House membawakan khas untuk anda 3 Jenis Buah Kurma dengan Kualiti Gred A. Antaranya Ajwah, Mabroom dan Madjoul.

Antara keISTIMEWAAan Buah Kurma Olive House ialah :

➡ Dihasilkan oleh sebuah Kilang di Madinah yang menjadi PENERAJU UTAMA, berkepakaran dalam Pengeluaran Kurma Terbaik di negara Arab Saudi sejak 1991
➡ Dihasilkan di kilang yang mempunyai tenaga MAHIR & guna TEKNOLOGI yang Canggih & Bermutu  khasiat dalamnya terjaga & terpelihara
➡ Penghasilan Buah Kurma yang sentiasa utamakan KUALITI serta pembungkusan yang sangat menarik selari dengan Olive House yang kami ingin berikan HANYA yang TERBAIK buat anda
➡ Rasa yang sedap dengan ketebalan isi Buah Kurma yang tidak mungkin anda akan dapat jumpa di pasaran lain

Apabila kualiti diutamakan, insyaAllah khasiat yang pelbagai akan dapat anda rasai.

📢 Sekali lagi diwar war kan agar amalkan 3 biji Buah Kurma setiap hari untuk Jantung anda yang lebih sihat bersama-sama Jus Delima 🍷 berdasarkan banyak penemuan Para Saintis akan kehebatan Buah Kurma pada tubuh badan yang sihat.

✅ Benarlah seperti yang telah lama termaktub dalam Surah Ar Rahman, (buah daripada Syurga) dengan khasiat yang sungguh banyak!

~Nurshamimi Zulkefely~

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau mengetahui promosi terkini WhatsApp 014 2448 999 Us Zaki

www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com

Soalan Pedih betis dan buah pinggang

$
0
0

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Pedih Betis & Buah Pinggang):

Assalamu’alaikum doktor. Saya Mapuzah M.Wazir dan saya hendak bertanya kepada doctor, mengapakah betis dan pinggang saya selalu terasa pedih? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh berjalan jauh sekiranya berjalan jauh kerana betis saya akan sakit dan saya juga sering sakit pinggang. Apakah nama penyakit saya ini doctor? Saya juga tiada darah tinggi atau kencing manis, buah pinggang pun saya telah cek dan clear.  Apa rawatan dan ubat/makanan yang saya boleh amalkan? Umur saya 45 tahun dan mohon bantuan dari doktor. Terima kasih.

Jawapan Dari Dr. Salman:

Wa’alaikumsalam. Penyakit ini di namakan Sciatica yang berpunca akibat penyempitan saraf Sciatic yang berasal dari saraf tunjang di tulang belakang yang keluar dari tulang Lumbar yang seterusnya menyebabkan kepada sakit yang merebak apabila berlaku gerakan pada sendi peha. Rawatan bagi keadaan ini adalah melalui fisioterapi, kiropraktik dan juga akupuntur serta injeksi steroid bagi peringkat awal untuk mengurangkan radang pada bahagian saraf yang tersepit. Jika keadaan berterusan, rujukan kepada pakar ortopedik/tulang diperlukan bagi konsultansi dan keperluan pembedahan membuang bahagian yang menyempit pada tulang belakang (discectomy / laminectomy).

Jawapan Dari Dr. Hafizah:

Wa’alaikumsalam. Puan Mapuzah, masalah puan mungkin berkaitan dengan salur darah atau saraf yang keluar dari tulang belakang dan membekali kedua-dua kaki. Adakah sebarang ujian telah dilakukan pada tulang belakang puan? Bagi melegakan gejala, puan boleh cuba berbekam dan amalkan Quranic Food yang mempunyai antioxidant yang tinggi. Buat permulaan, boleh cuba amalkan jus delima dan minyak zaitun extra virgin dahulu. Puan juga dinasihatkan ke klinik menjalani ujian bagi memastikan tiada masalah pada struktur tulang belakang. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan pada puan berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

*Soalan ditanya dan dijawab semasa bulan Ramadhan lepas.

Sumber: Olive House Medic & Business
Layari: http://QuranicFoods.com
Blog www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

www.facebook.com/QuranicFoods

Promosi Ogos Olive House Aafiyat Tv al Hijrah

$
0
0

Assalamualaikum wbt.. pelanggan yang disayangi sekalian..😊

📢promosi bulan Ogos sempena AAFIYAT LIFESTYLE  adalah seperti :

🎁PAKEJ PERTAMA

😉 2 Pati Minyak Zaitun +
1 Olivie30
      =RM 209.70
     Harga promosi ▶RM 157.30

🎁PAKEJ KEDUA

😊3 Madu(1kotak) + 
1Jus Delima 1Liter
     =RM234.90
Harga promosi ▶ RM 176.20

🎁PAKEJ KETIGA

😃 3 Madu Gunung(1kotak) + 15 sachet Ceylon (1kotak)
   = RM 240.00
Harga promosi ▶ RM 180.00

🎁PAKEJ KEEMPAT

😁2 Buah teen + 2 Pati Delima
   = RM 155.60
  Harga promosi ▶ RM 116.70

🔴Diskaun 25% utk kesemua pakej...

🎉Bersama amalkan cara hidup Aafiyat..
www.facebook.com/QuranicFoods
WhatsApp 0142448999 Us Zaki

Payung dan makanan Sihat

$
0
0

*Payung dan Makanan Yang Sihat*
🌂☂🌂☂🌂☂🌂☂🌂☂🌂

Penulis: Nurshamimi Zulkefely
Tarikh: 13.08.2016

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israak, ayat 82 :

*Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian*

(Al Israak 82)

Umat Islam wajib beriman dan percaya kepada kitab, Yakni Al Quran Al Karim yang diturunkan khas buat Umat Muhammad S.A.W. Di dalamnya terkandung pengajaran, panduan dan pedoman yang meliputi seluruh aspek kehidupan manusia seharian. Bukan sahaja soal Aqidah, tetapi juga kepada penjagaan kesihatan serta makanan yang *halal dan thoyyib*.

Di antara makanan yang dikategorikan sebagai *Functional Food*, juga disebut banyak tempat dalam Al Quran ialah *Buah Zaitun*.

Antara ayat yang menceritakan tentang Buah Zaitun pada ayat 20 dalam Surah Al-Mukminun :

*Dan (Kami tumbuhkan) pohon (zaitun) yang tumbuh dari gunung Sinai yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan*

(Surah Al Mukminun, Ayat 20)

Tafsiran Para Ulama pada ayat 20 ini membawa maksud minyak zaitun yang ‘pure’ yakni yang tidak ditapis. Alhamdulillah, Olive House juga mengeluarkan Minyak Zaitun yang tidak bertapis iaitu *Pati Minyak Zaitun* daripada Turki dan *Olivie Plus 30x* daripada Morocco.

Pasti pengguna tegar Olive House tertanya-tanya, adakah wajar diamalkan kedua-dua jenis pati minyak zaitun ini?

*"Saya sudah lama beramal dengan Olivie Plus 30x dan saya rasai kesan positif pada tubuh badan. Dengan khasiat Antioksida yang saya tahu nilainya 30x ganda berbanding pati minyak zaitun yang lain. Jadi, kenapa pula saya perlu amalkan Pati Minyak Zaitun lain?”*

*“Saya bermula amalkan minyak zaitun setelah bertemu dengan Ejen Rasmi Olive House. Diperkenalkan kepada saya Pati Minyak Zaitun yang botol tinggi (daripada Turki). Alhamdulillah, saya rasa lebih cergas dan bertenaga serta saya akan terus amalkannya kerana ini adalah ‘supplement’ harian saya”*

Dan berbagai-bagai lagi komen mahupun respon yang kami terima daripada sekalian ramainya pengguna tetap produk Olive House.

Di sini, jawapan ringkas yang saya boleh berikan ialah ‘Wajar Amalkan kedua-dua jenis Pati Minyak Zaitun’

Pati Minyak Zaitun daripada Turki (PMZ) ini kaya dengan pelbagai jenis warna buah zaitun; ada warna hijau, merah kekuningan serta ungu kehitaman.

Variasi warna pada buah zaitun ini, apbila diperah menjadi minyak, mengkayakan lagi khasiat di dalamnya. Umpamanya Buah Zaitun yang berwarna merah kekuningan tinggi nilai *β- Carotene* iaitu sangat bagus kepada terhasilnya saluran pernafasan yang sihat. ‘β- Carotene’ ini ialah sejenis antioksida yang membantu memastikan saluran pernafasan serta mata yang kekal sihat.

Tetapi, nilai ‘β- Carotene’ ini sedikit di dalam Olivie Plus 30x kerana buah zaitun yang diperah menghasilkan Olivie Plus 30x itu lebih banyak buah zaitun yang berwarna hijau.
Buah yang hijau lebih tinggi nilai Antioksida.

Manusia sangat perlu kepada sistem pernafasan yang sihat sepanjang hayat. Jadi, dengan amalkan PMZ, anda dapat bonus kepada penjaganan sistem pernafasan yang lebih baik. Sebab itu PMZ diistilahkan sebagai ‘Supplement’. Harus diambil berterusan.
Olivie Plus 30x lebih bersifat ‘penawar alami’ dan peranannya sangat dicadangkan kepada penyakit-penyakit kronik dengan manfaat Antioksida Hydroxytyrosol & Oleocanthal sebanyak 30 kali ganda berbanding Pati Minyak Zaitun yang lain. Ia juga diistilahkan kepada pencegahan. Manakala PMZ diistilahkan sebagai ‘Supplement’ harian.

Inilah yang saya analogikan sebagai *Payung dan Makanan Yang Sihat*. Kita akan berusaha makan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi agar sentiasa kekal sihat dan cergas.
Kita juga tidak lupa sediakan payung atau mengguna payung ketika hari hujan.

Kenapa kita perlu guna payung ketika hari hujan? Sedangkan bukankah kita sudah amalkan makanan yang sihat dan akan bantu elak daripada terkena demam mahupun selsema jika terdedah kepada hujan? Jawapannya, kita akan tetap sediakan / gunakan payung ketika hari hujan walaupun daya tahan tubuh badan kita kuat.

Nah!, begitu juga dengan perihal pengamalan PMZ dan Olivie Plus 30x. PMZ sebagai ‘supplement’ harian kita ke arah pengekalan kesihatan tubuh badan, manakala Olivie Plus 30x sebagai pencegah dan penawar alami yang terbaik diiktiraf oleh Pakar-pakar kesihatan peringkat antarabangsa.

‘Marilah Bersama-Sama Amalkan Gaya Hidup Aafiyat’

'Olive House, Pencetus Senyuman Semulajadi'

'Olive House, Rakan Kesihatan Anda'

#Share

Untuk dapatkan Produk Olive House dan promosi terkini WhatsApp 0175750810 Us Zaki
More info www.facebook.com/QuranicFoods

Abang Sado SYED ALI TELAH MENCUBA PATI MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN OLIVE HOUSE! Anda bila lagi?

$
0
0
.

SYED ALI TELAH MENCUBA PATI MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN OLIVE HOUSE, ANDA BILA LAGI?

USFDA MENYARANKAN PENGAMBILAN 2 SUDU PATI MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN SETIAP HARI MEMBANTU MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT

Mulakan Hari Ini!!
Pati Minyak Zaitun Olive House
RM 44.90 (Semenanjung Malaysia)
RM 49.90 (Sabah/Sarawak)

Hanya yang Berkualiti dan Asli dari kami!!
‘Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat bersama OLIVE HOUSE’

 Kami sedia membantu anda mendapatkan PRODUK TERBAIK dari OLIVE HOUSE. WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
Pengeposan ke Seluruh Malaysia Via POSLAJU

WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
www.facebook.com/QuranicFoods

WAJIB TONTON!! KITA SEBENARNYA KETAGIH GULA !! ‘PESAKIT KENCING MANIS BOLEH DIUBATI !!'

$
0
0







WAJIB TONTON!! KITA SEBENARNYA KETAGIH GULA !! ‘PESAKIT KENCING MANIS BOLEH DIUBATI !!'
WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
https://www.facebook.com/QuranicFoods
Sedutan tips pemakanan sihat oleh Dr Saifuzzaman Yusoff, Doktor Pakar Perubatan Keluarga dalam AAFIYAT LIFESTYLE EPISOD 2, GULA : MADU ATAU RACUN?

JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENGETAHUI PELBAGAI TIPS PEMAKANAN SIHAT DAN INFO MENGENAI KESIHATAN DARIPADA PARA DOKTOR JEMPUTAN

SETIAP AHAD 9.30 MALAM DI SALURAN TV AL HIJRAH

'Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat bersama OLIVE HOUSE'

 Kami sedia membantu anda mendapatkan PRODUK TERBAIK dari OLIVE HOUSE. WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
Pengeposan ke Seluruh Malaysia Via POSLAJU

WhatsApp/Call/sms 017 5750810 Us Zaki
https://www.facebook.com/QuranicFoods

Cara Pengamalan Ceylon Cinnamon Olive House

$
0
0

*Rasa Susah Nak Amalkan Ceylon Cinnamon?*

Sebenarnya, Ceylon Cinnamon Olive House sangat banyak manfaat & ke*Istimewa*an yang menjadikannya unik & terbaik 👍🏻👍🏻

*Antara *PERANAN* Ceylon Cinnamon*
*Nilai Mangan* yang tinggi :

➡ Mencairkan darah (Blood Clotting Factors).
Sangat bantu lancarkan pengaliran darah yang sempurna ke seluruh badan. Elak risiko *Strok*, *Serangan Jantung*, *Tekanan Darah Tinggi dan banyak lagi
➡ Elak pengumpulan lemak di salur darah & mengakibatkan *keradangan*
(BONUS, dalam Ceylon Cinnamon juga ada *Anti Keradangan* namanya Cinnamaldehyde, Cinnamyl Acetate & Cinnamyl Alcohol yang merupakan juga *ESSENTIAL CINNAMON OIL*)
➡ Berperanan sebagai antioksida. Kajian Saintifik membuktikan pengamalan Ceylon Cinnamon berterusan membantu rawat & cegah penyakit kronik seperti Kanser, Risiko jantung & *BONUS* buat individu yang ingin Awet Muda!!
➡ Berperanan pada *KESUBURAN* buat Lelaki & Wanita
➡ Bantu elak risiko *SAWAN* & *ALZHEIMER*
➡ Berperanan kepada penghasilan Tulang, Sendi, Otot, Saraf yang sihat kerana peranannya pada penyerapan Kalsium oleh tubuh badan

Walaubagaimanapun, *BERSEDERHANA* lah dalam pengambilan Ceylon Cinnamon ini ❗
Ia adalah kategori Super Power dalam Rempah Ratus & ada individu yang merasa 'panas' apabila mengambilnya dalam kuantiti berlebihan.

*Sukatan Yang Dicadangkan* 📌📝 : Maksimum 1 Sudu Teh 1x Sehari = 5gm 1x Sehari

*Cara Pengambilan* :
1. Dalam minuman ☕ 🍹 anda *DI AWAL PAGI* (akan beri kesegaran & fungsi otak yang sihat sepanjang hari)
2. Dalam Nasi 🍚 @ Makanan-makanan lain 🍝 🎂🍞
3. Dengan Buah-buahan 🍉🍌🍓🍎

Mari Amalkan Gaya Hidup *AAFIYAT* Bersama-sama OLIVE HOUSE 😊😊😊

Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Manis+Insulin)

$
0
0

*Soalan Dari Pelanggan (Masalah Kencing Manis+Insulin):*

Assalammu'alaikum doktor. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kencing manis yang bergantung dengan insulin?

*Jawapan Dari Dr. Salman:*

Wa’alaikumsalam. Kencing manis berpunca dari kekurangan insulin yang dihasilkan oleh pankreas (Type 1:insulin deficiency) atau pengesan insulin yang tidak berfungsi (Type 2:insulin resistant). MZ dan CT kedua-duanya bersifat anti-diabetogenic iaitu mampu mengurangkan kadar gula di dalam darah secara terus, memperbaiki radang pankreas supaya mengeluarkan insulin dengan kadar normal serta mengembalikan sensitiviti reseptor insulin. Elakkan gula ringkas di dalam semua jenis makanan dan minuman. Ubah kepada beras dan gula perang.

*Jawapan Dari Dr. Hafizah:*

Wa’alaikumsalam. Pesakit kencing manis yang diberi insulin adalah kerana doktor berpendapat bahawa penggunaan insulin akan memudahkan kawalan gula dalam darah. Namun, dalam Islam, konsep rawatan adalah merawat punca bukannya setakat membantu tubuh untuk terus hidup. Pengambilan insulin dari luar akan menyebabkan pankreas semakin tidak sensitif terhadap naik-turunnya gula dalam darah. Penghasilan insulin juga melibatkan konsep-konsep sintesis dan sumber yang tidak dapat dipastikan halal dan haramnya.

Oleh sebab itu, Allah telah memberi jaminan bahawa Dia tidak menurunkan penawar dalam benda yang haram (syubhah juga menghampiri haram) maka sebagai seorang Muslim, wajiblah kita mencari yang jelas halal sebagai ubat.
Untuk rawatan diabetes, pertamanya hendaklah fokus pada pengambilan gula dan karbohidrat yang baik sahaja, contohnya, elakkan gula putih dan karbohidrat terproses (refined carbohydrate). Pada masa yang sama bantu tubuh dengan Quranic Food. Pokok bongor sedang dikaji sebagai ubat diabetes dan juga herba-herba lain (maaf saya kurang pengetahuan herba). Dan yang paling penting amalkan semua akhlak Islam, cuci hati sebersih-bersihnya dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Wallahu a'lam.

*Sumber: Olive House Medic & Business.*
Kredit Pic Kak Ani

Untuk dapatkan info atau Promosi terkini
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com

Imam Muda Arrazi di Bazar Rakyat Tesco Stargate

$
0
0

🎉🎉Jom ke Bazar Rakyat....

Temui Kami Pusat Jualan OLIVE HOUSE Tandop, Alor Setar di Bazar Rakyat Tesco Stargate setiap Jumaat dan Sabtu.
.
ISTIMEWA MINGGU INI
IMAM MUDA ARRAZI
Imam Muda Musim Ke 3.
Sabtu 3/9/2016
Jam 9.00 Malam
Topik : Kesihatan : Al Quran Dan Sains Berbicara.
.

Info lanjut http://www.facebook.com/OLIVEHOUSEAlorSetar
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Minyak Zaitun Olive House dan Bausir

$
0
0

*Soalan:*
*Assalammualaikum. Soalan dari pelanggan Bagaimana cara untuk merawat dan baikpulih masalah buasir tahap teruk?*

*Jawapan:*
Buasir teruk,
Paling basic ialah Minyak Zaitun & SCT.
Minyak zaitun makan & sapu.
Ada khasiat Anti Keradangan yang pelbagai & Steroid Organik.

SCT minum & buat rendaman bahagian luka tu.
Asid Asetik Organik & mineral yang pelbagai akan bantu atasi.
Dalam keadaan duduk di dalam besen yang berisi air Cuka Teen.

Ini dah cerita dalam PDU, kelas ilmu & ada soal jawab dengan Konsultan OH sebelum ini.
Maaf, sy x hurai panjang.
....
ini kaedah *Sitz Bath* yang dibuat oleh bidang medical dengan meletakkan cecair Eusol utk rawatan buasir.

Kita ubah cecair tu kepada Sari Cuka Teen yang sangat banyak khasiat & manfaat di dalamnya.
#CikguMimi

More Info
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Minyak Zaitun Minyak ikan untuk kemalangan

$
0
0

*Soalan:*
*klu kita nak mkn kapsul ikan haruan...jenama apa yg bagus @ ada x ubt2 utk penyembuhan dlmn..*
*Kwn tny, dia baru operate buang fibroid minggu lpas*

*Jawapan:*

Omega 3 & 6 dalam Minyak Zaitun sama fungsi dgn minyak ikan.
Malah lagi *kaya* khasiat minyak zaitun ini berbanding minyak ikan                                            
*Minyak Zaitun*
➡ Oleocanthal : rawat keradangan
➡ Oleuropein : 400x ganda Vitamin C, mempercepatkan luka baik & bertangkup
➡ Vitamin C
➡ Steroid Organik (Fitosterol, Kampesterol, Avenasterol, Sitosterol) : kurangkan keterukan keradangan, ⬆ immune system, kurangkan infection
➡ Asid Asetik : sangat bagus utk luka2 di kulit, antibacterial.

*Sari Cuka Teen*
➡ Asid Asetik Organik : manfaat pd sel dalam dengan minuman / luaran dengan buat dressing
➡ mineral yg pelbagai mengkayakan khasiat & segerakan penyembuhan

^Pn Shamimi.

More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Luka Berjahit dan Minyak Zaitun Cuka Teen

$
0
0

*Soalan:*
*Sekiranya kemalangan,luka berjahit,apa boleh dibantu dengan Produk OH?*

*Jawapan:*
Paling basic, mesti ada *SINERGI* Minyak zaitun & cuka teen.

*Minyak Zaitun*
➡ Oleocanthal : rawat keradangan
➡ Oleuropein : 400x ganda Vitamin C, mempercepatkan luka baik & bertangkup
➡ Vitamin C
➡ Steroid Organik (Fitosterol, Kampesterol, Avenasterol, Sitosterol) : kurangkan keterukan keradangan, ⬆ immune system, kurangkan infection
➡ Asid Asetik : sangat bagus utk luka2 di kulit, antibacterial.

*Sari Cuka Teen*
➡ Asid Asetik Organik : manfaat pd sel dalam dengan minuman / luaran dengan buat dressing
➡ mineral yg pelbagai mengkayakan khasiat & segerakan penyembuhan

*More Info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Batu Hempedu Ibu mengandung Minyak Zaitun

$
0
0

*Soalan 53:*
*Batu Hempedu ketika Mengandung*

Seorang pesakit wanita berumur 39 thn, ada batu hempedu dan sedang mengandung 5 bulan. Mula didiagnos batu hempedu pada Januari 2016 sebesar 1.6cm. Mengamalkan produk Olive House (tetapi tidak Istiqomah) dan Alhamdulillah ada perubahan positif dari segi Tekanan Darah yang Tinggi telah turun ke paras normal.
September 2016, dimasukkan ke wad hospital dengan diagnos Batu Hempedu sebesar 1.3cm serta alami rasa sakit.
Telah disarankan kepada pesakit, makan Olivie Plus 2 sudu besar sekali makan, selang 4 jam pula 2 sudu besar Pati Minyak Zaitun Turki (PMZ). Berselang seli 4 jam.
Juga minum Sari Cuka Teen 1 penutup dicampur dengan setengah cawan Jus Delima yang diminum 3x sehari.
Selepas 1 hari beramal sukatan 'overdose', sudah tidak alami rasa sakit.

Soalan saya, adakah sesuai diteruskan sukatan 'overdose' tersebut berlarutan @ ada tempoh tertentu?
Adakah Makanan Sunnah ini yang menghilangkan rasa sakit @ Antibiotik yang diberikan kepada pesakit?

*Jawapan:*
Batu hempedu pelbagai saiz dari sekecil sebutir Pasir hingga sebesar bola golf. Sesetengah orang hanya wujud sebiji Batu Hempedu pada satu ketika, dan ada sesetengahnya wujud banyak Batu Hempedu pada masa yang sama.
Banyak faktor yang dikaitkan dengan punca timbulnya Batu Hempedu ini, termasuklah Ketidakseimbangan Hormon, iaitu lebihan Hormon Estrogen @ Estrogen Sintetik yang menyebabkan peningkatan jumlah kolestrol, seterusnya membentuk ketulan keras iaitu Batu Hempedu.

Pemakanan *Functional Quranic Food* Olive House insyaAllah sangat membantu.
Dengan manfaat Anti Keradangan yang pelbagai, serta Nutrisi untuk kestabilan Hormon akan bantu atasi masalah ini.

Untuk sukatan 'overdose' yang diberi kepada pesakit, dinasihatkan bukan dalam tempoh yang terlalu lama.
Untuk pesakit ini, yang sedang mengandung, paling lama 'overdose' ialah 3 hari.
Tempoh 2 hari pun dah terlalu lama.
Selepas tiga hari & pesakit dah tidak alami kesahitan, kurangkan kepada sukatan biasa.

Teruskan pengamalan Minyak Zaitun, Cuka Teen & Delima sepanjang kandungan.
InsyaAllah Batu Hempedu itu akan pulih dalam keadaan pesakit pun tidak menyedarinya.

Kurangkan makanan berdaging, bergandum dan berproses.
Minum air putih secukupnya.

More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810


Penyakit tangan kaki dan mulut Olive Asli

$
0
0

*Soalan 55:*
*Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)*
*Assalamualaikum, seorang kanak-kanak Lelaki berumur 6 tahun.*
*Ada masalah sakit tangan, kaki dan mulut.*
*Bermula dengan demam, dan naik biji-biji di mulut, tapak tangan dan tapak kaki.*
*Belum mengambil apa-apa ubat dan sebelum ini sudah amal PMZ sejak 4 bulan yang lepas.*
*Sekarang beramal PMZ, Olivie Plus 30 dan Madu untuk tingkatkan imuniti badan serta rawat penyakit.*
*Adakah cara lain untuk membantu rawat kanak-kanak tersebut?*

*Jawapan:*
Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut adalah jangkitan Kuman.
Jadi, dengan pengamalan Olivie, PMZ & Madu dah tersangat bagus.
Boleh dicadangakan juga mandian dengan Air Cuka Teen serta elakkan penggunaan sabun & bedak yang ada bahan kimia.

Pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan. Kurangkan makanan dan minuman berproses serta bergandum yang ada bahan peluntur.
Ini akan melambatkan kesembuhan.
Boleh buat sapuan Olivie pada bahagian biji-biji tersebut.
Minum Air Kelapa Muda tanpa gula dan ais, akan detox kuman-kuman yang ada dalam badan.

More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810

Period dan Minyak Zaitun

$
0
0

*Soalan 53:*
Assalamualaikum, pesakit berumur 18 tahun, mengalami period yang panjang, iaitu 2 minggu.*
Apabila makan minyak zaitun, period keluar terlalu banyak. Adakah dia tidak boleh makan minyak zaitun atau ada cadangn lain?

*Jawapan:*
Soalan ini telah berulang banyak kali.
Untuk jawapan yang panjang lebar, sila semak soalan-soalan lepas.
Untuk 2 minggu tempoh period, jika masih bawah 15 hari 15 malam, adalah masih dikategori sebagai period. Melebihi tempoh itu, adalah bukan lagi Period (boleh Rujuk Pakar-pakar Bidang Feqah).
Apabila makan makanan yang tinggi nilai nutrisi seperti Minyak Zaitun Yang Tidak Bertapis, berlaku period yang semakin banyak, itu adalah *Healing Crisis.*
Banyak maklum balas yang diterima untuk kes sebegini, adalah pendarahan yang banyak.
Ini adalah ketidakseimbangan hormon.
Teruskan pemakanan Pati Minyak Zaitun serta *SINERGI* dengan Sari Cuka Teen.

Kurangkan pemakanan berunsur daging (ayam, lembu, kambing, unta, rusa, kibas). Lebihkan pengambilan sumber ikan.

Saya sangat cadangkan Berbekam & Akupuntur.

Wallahua'lam.

More info www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 017 5750810

Minyak Zaitun Ekzema Olive Oil Asli

$
0
0

*Soalan:*
*Salam sahabat-sahabat, kanak-kanak berumur 5 tahun, mengalami sakit  kulit = Ekzema.*
*Sebelum ini, gatal-gatal di badan.*
*Setelah amalkan PMZ, Jus Delima & SCT, gatal-gatal di badan sembuh.*
*Tetapi jadi gatal-gatal pula di kaki dan nampak teruk.* (Rujuk gambar)
*Kanak-kanak ini makan fastfood setiap hari.*
*Jadi apa perlu kita cadangkan kepadanya?*

*Jawapan:*
Itu Healing Crisis dan tidak sama pada semua orang.
*Berhenti makan FastFood.*
*Kurangkan makanan bergandum, berpeluntur, berpewarna*
Ubahlah penggunaan sabun yang ada bahan kimia kepada sabun yang Natural / kurang bahan kimia. Boleh cari di Cosway.

*Ekzema* biasanya gatal, ada yang tidak tahan & menggaru sehingga berdarah. Pada situasi ini, telahpun berlaku *keradangan*. Boleh terjadi pada muka, dagu, badan & juga kaki. Situasi hari ini dengan pemakanan yang tidak sihat & pengambilan bahan kimia dalam kehidupan menyebabkan Ekzema ini menular dengan banyaknya. Ada pendapat mengatakan, Ekzema tiada kesembuhan.
Tetapi, saya yakin setiap penyakit, ada penawarnya. Dan Allah dah sediakan buat manusia semua *payung* yang anda boleh pilih untuk guna @ pandang sahaja.
Iaitulah *Functional Quranic Food*.
Sekarang ini, giat dikaji kehebatan Quranic Food ini dalam usaha atasi *Nutritional Deficiencies.*

*Functional Quranic Food*

*Sari Cuka Teen*
Kakinya boleh dibilas dengan Air Cuka Teen sebelum habis mandi setiap pagi & malam. Boleh pilih samada nak buat bilasan @ rendaman kaki. Saya lebih suka cadangkan biar anak ini direndam selama 5 minit dalam Air Cuka Teen / Garam Bukit.
Khasiat Asid Asetik Organik, Magnesium, Potassium & banyak mineral lain akan bantu rawat masalah kulit ini.

*Minyak Zaitun*
Selepas mandi, lap kering. Sapu minyak zaitun pada bahagian gatal-gatal & ruam di kaki.
Beri anak ini minum 1 sudu besar PMZ pagi & 1 sudu besar Olivie malam. Sehingga kakinya baik, barulah diturunkan sukatan yang lebih rendah.
Khasiat *Oleocanthal* akan bantu rawat keradangan yang telah berlaku serta juga bertindak sebagai *Natural Pain Killer*.
*Hydroxytyrosol* akan bertindak pada Mitochondria Cell untuk betulkan keadaan *autoimmune diesease* ini di mana sel badan menyerang diri sendiri.
*Omega 3 & 6 & 9* akan beri kelembapan pada kulit serta bertindak sebagai Anti Keradangan.

*Jus & Pati Delima*
Jus Delima boleh diberi minum 2x sehari.
Kaya dengan Nilai Antioksida & Anti Keradangan untuk bantu rawat masalah ini.
Vitamin & mineral yang sangat kaya di dalamnya juga turut berperanan.

Resepi Orang-orang lama:
Keringkan Kulit Delima, tumbuk / blend kering menjadi serbuk.
Boleh buat *PASTE* untuk sapu di kulit bermasalah.

Cerita Kisah Kayu Manis

$
0
0

Nak tau tak apa RAHSIA besar yang company ubat sembunyi kan ?
.
Formula hebat yg boleh rawat hampir semua jenis penyakit?
.
Hidup sihat tanpa ubat?
.
.
YES!! Hanya KAYU MANIS dan Madu. Kajian  Sains buktikan yang  campuran kayu manis dan madu  boleh sembuh kan  hampir semua jenis penyakit. Kajian juga tunjukkan yg kayu manis ni ada yg asli, ada yg tiruan. Yg asli dan terkenal sbg UBAT AJAIB adalah KAYU MANIS CEYLON(KMC). Org barat panggil  'true cinnamon'. KMC ni digunakan dgn meluas utk tujuan perubatan sbb kadar coumarin dia (bahan kimia semulajadi)  amat rendah iaitu 0.017gm/kg berbanding dgn kayu manis cassia; 0.31-6.97gm/kg
.
.
[AMARAN]  Pengambilan coumarin yg berlebihan boleh meningkatkan risiko KEROSAKAN HATI !!
.
.
"ALAMAK!! KAYU MANIS BIASA YG KAT DAPUR TU KENA BUANG KE?"
.
.
Sabar
Sabar
Baca dulu sampai habis
.
.
Untuk masak masak takpe.. Tak bahaya pun sbb kita mkn sikit jek.Tapiiii.. kalau nak berubat, kita mkn kayu manis tu lebih dari kadar biasa. Satu hari 1 sudu teh. Tu yg bahaya! Batu pun kalau hari hari kena air menitis boleh lekuk.. Ini hati kita beb!
.
.
"WAH!! BAHAYA UTK JANGKA PJG NI!! TAPI CUBA CITER DULU KHASIAT KAYU MANIS NGAN MADU"
.
.
================
Antara penyakit yg boleh dirawat dengan Kayu Manis & Madu
=================

1. Penyakit Jantung
Sapu madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan. Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung. Bagi yang pernah diserang serangan jantung, amalan ini boleh  menjauhkan pesakit dari serangan seterusnya. Ia juga memperbetulkan sistem pernafasan dan menguatkan jantung.

2. Radang sendi (arthritis)
Campur 2 sudu teh madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 cawan air. Minum setiap pagi secara tetap setiap hari. Kajian yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mendapati bahawa dari 73 dari 200 pesakit arthritis yang diberikan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

3. Jangkitan Pundi Kencing
Ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi kencing.

4. Kolesterol
Campuran dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis didalam 16 auns air teh  telah menurunkan 10% kandungan kolesterol di dlm badan pesakit dalam masa 2 jam. Pengambilan sebanyak 3 kali sehari pula boleh menyembuhkan penyakit kolesterol tahap kronik.

4. Selesema
Ambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk, demam dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

4. Perut Bermasalah
Bancuh 1 sudu madu dan 1 sudu teh Kayu manis di dalam 1 gelas air suam. Minum bila perlu.

5. Kembung (gas)
Kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

6. Imun Sistem
Penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria.

7. Tak Hadam
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

8. Influenza
Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu dan kayu manis mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

9. Memanjangkan jangka hayat dengan izin Allah
Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap boleh mengelakkan kerosakan sel sel tubuh disebabkan bertambahnya usia. Ambil 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3  gelas air panas untuk membuat teh. Bila suam, masukkan 4 sudu teh madu.  Minum 1/4 gelas, 4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka  berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - InsyaAllah , umur kita akan panjang)

10. Jerawat
Ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis.Jadikan seperti pes. Sapukan pes ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

11. Jangkitan Kulit
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

12. Hilangkan Berat Badan
Bancuh 1 sudu teh serbuk kayu manis di dalam 1 gelas air panas. Bila air menjadi suam, campur 1 sudu madu. Minum sekurang kurang nya 30min sebelum sarapan pagi ketika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur. Jika minum secara tetap , ia tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

13. Lemah
Amalan mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama menjadikan kita lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini mengatakan bahawa separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

14. Sukar Bernafas
Penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

15. Kurang @ hilang pendengaran
Madu  dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

16.  Ulser
Amalkan minum 1 sudu madu dan sejemput serbuk kayu manis, minum 30min sebelum makan. Ramuan ini akan mengurangkan keasidan dan merawat ulser.

17. Rawatan kesuburan
Selama berabad-abad, wanita di China, Jepun dan negara timur tengah yg belum hamil dan mempunyai masalah rahim yg lemah mengamalkan resepi ini; ambil sejemput serbuk kayu manis dan setengah sudu madu. Sapukan digusi sekerap yg boleh dalam sehari. Secara perlahan-lahan ia bercampur dengan air liur dan masuk ke dalam tubuh.

Selain itu, pengambilan kayu manis sahaja secara persendirian juga mempunyai khasiat-khasiat tersendiri;

1. Awet Muda & memberi tenaga
Kunyah stick kayu manis seperti gula-gula setiap hari, sekurang-kurangnya 1cm

2. Kencing manis
Rendam batang kayu manis di dalam air panas dan minum setelah suam. Boleh juga amalkan menabur 1sdt Serbuk Kayu manis ke atas makanan @ minuman setiap hari. Kajian mendapati amalan makan kayu manis amat berkesan menurunkan kadar gula bagi pengidap diabetes tahap 2

3. Insomnia (sukar tidur malam)
Campuran 1 sudu teh kayu manis didalam segelas susu dan di minum sebelum tidur akan telah membantu ramai pesakit insomnia menangani masalah mereka.

4. PMS (premenstrual syndrome)
Rendam sebatang Kayu manis didalam segelas air panas, dan minum bila perlu. Kayu manis mengandungi calcium, fiber, iron, dan magnesium yg membantu melegakan kekejangan perut.
.
.
"Mcm mana nak kenal Kayu Manis Ceylon?"
.
Mudah jek. Ciri ciri Kayu Manis Ceylon adalah spt berikut;
-  bergulung nipis seperti kertas
-  berwarna coklat (bukan coklat kemerahan)
-  bau yang lembut dan tak berempah
-  mudah di patahkan

C/P

More Info atau tempahan produk
WhatsApp 0175750810 Us Zaki
www.QuranicFoods.com
www.OliveAsli.blogspot.com

Eksperimen Cuci atau Keluarkan Batu Hempedu

$
0
0

DETOX dan EKPERIMEN Mengeluarkan Batu Hempedu
.
Semalam kami membuat eksperimen detox dan cubaan mencuci limpa dengan resepi yang di kongsi oleh guru akupuntur semasa di Medan, Indonesia
.
Eksperimen mengeluarkan batu Hempedu kaedah tradisional.
.
Bahan bahan seperti berikut;
500 ml Minyak zaitun
300 ml Cuka buahan
9 biji Lemon
.
Hasilnya, 3 kali buang air besar
Warna kehijauan, berminyak
.
Tiada batu hempedu mahupun ginjal yang keluar, tapi cairan.hijau yang dipercayai lumpur di hempedu (kata Guru saya).

Cara membuat.
1. Perah semua lemon (9 biji). Buang semua biji lemon, kulit, dll. Tinggalkan air sahaja.

2. Campurkan 500ml minyak zaiton (prefer extra virgin olive oil) , 300ml cuka buah (saya guna fig vinegar) dan air perahan lemon tadi.

3. Kacau sampai sebati. (Air dan minyak tidak bercampur, maka. Sebaik selepas campur, masukkan dlm botol 2 liter).

4. Sedia untuk di minum selama 9 kali
.
Cara minum. Sediakan jam loceng (timer siap jam!- penting)

1. Puasa dari pukul 10 pagi.

2. Pukul 11pagi. Mulakan minum 1 bahagian. Iaitu, 1/9 campuran tadi.

3. Ulang setiap jam. Jangan makan makanan, minum air suam, dibolehkan.

4. Bahagian terakhir akan di minum pada pukul 7 malam, tepat!

5. Puasa lagi satu malam sehingga sarapan pagi keesokan hari nya.
.
Sekian.

Peringatan. Anda akan mengalami buang air besar berkali kali, mcm saya.

Sensasi berbeza selepas rawatan. Wallahualam

Ini sebagai Ikhtiar kesihatan. Boleh di ulang proses selepas sebulan sekiranya banyak batu hempedu/ginjal.

Saya tidak menanggung sebarang komplikasi sekiranya resepi ini anda buat. Kongsi seikhlasnya
.
-Us Mehdi Zain
. ...... .
More Info Olive House
www.facebook.com/QuranicFoods
www.OliveAsli.blogspot.com
WhatsApp 0175750810 Us Zaki

Viewing all 304 articles
Browse latest View live